PENDAHULUAN
Blogspot ini telah dibina oleh Afiq Arifuddin Bin Musa, 12DIP14F2001 dan Izalman Harris Bin Abu Bakar, 12DIP14F2003 daripada Politeknik Kuala Terengganu . Tajuk blogspot ini berkaitan dengan kesan bahasa rojak dalam kalangan pelajar. Dengan ini kami sangat berterima kasih kepada Puan Rohani Binti Razak kerana telah banyak membantu kami dalam membangunkan projek ini.
OBJEKTIF KAJIAN
- Mengkaji pengaruh dan kesan penggunaan bahasa rojak didalam laman- laman web sosial dalam kalangan mahasiswa
- Mengkaji punca bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa
- Mengenalpasti langkah - langkah mempromosikan penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mahasiswa.
PENGENALAN
(APA ITU BAHASA ROJAK)
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu untuk "bahasa campuran") atau bahasa Rojak seorang warganegara malaysia dibentuk oleh Peralihan kod antara dua atau lebih banyak_bahasa Malaysia. Perkataan rojak diambil dari makanan tempatan dengan nama yang sama
SEJARAH(ASAL USUL BAHASA ROJAK)
Bahasa rojak Malaysia boleh dikesan kembali ke 1402, pada awal Melaka daripada Prameswara, pelabuhan antarabangsa di mana lebih daripada 80 bahasa dari pelbagai budaya diucapkan. Peniaga-peinaga di seluruh dunia, peneroka dan penduduk asal bercakap pelbagai bahasa dalam perbualan adalah lazim.
Menurut Encyclopedia of Malaysia (Bahasa dan Sastera) , ia adalah bahasa hubungan , yang dikenali di Malaysia moden sebagai bahasa rojak. Keunikan bahasa rojak adalah dalam gaya Peralihan kod itu , seseorang yang bercakap bahasa rojak mungkin bermula dengan standard Malaysia , teruskan dengan bahasa inggeris , kemudian campuran dalam satu atau dua perkataan dalam bahasa kantonis dihias dengan Tamil, dan selesai dengan Mandarin Cina atau beberapa perkatan jepun. Pada masa Parameswara , apabila dua kumpulan pedagang tanpa bahasa yang dikongsi dipenuhi , mereka akan cuba banyak bahasa di dalam usaha untuk memahami terbaik antara satu sama lain , dan hasilnya akan menjadi bahasa Rojak
orang-orang datang ke Melaka dengan jung,pangajavas, dan kapal-kapal pada tahun 1511 , Melaka mempunyai jumlah penduduk sebanyak 50 000 orang , termasuk masyarakat perdangan yang bermastautin yang bercakap 84 bahasa. British membawa masuk sejumlah pendatang dari Cina dan India dari 18-an hingga abad ke-20 pertengahan. Kehadiran orang Melayu tempatan , Orang Asli, Peranakan , peneroka Portugis, yang baru tiba Cina dan India serta yang lain-lain menyebabkan penggunaan meluas bahasa campuran
CONTOH KEGUNAAN BAHASA ROJAK
- Kau memang terror la !
Maksudnya -Anda benar-benar hebat !
- Tempat makan ni best sangat
Maksudnya-Makan di tempat makan ini terbaik
- Nak makan here or take away
Maksudnya-Nak makan dekat sini atau tapau
- Jangan susah hati maaa, lu punya bos mesti boleh kaw tim punya maa!
Maksudnya-Jangan bimbang, bos anda mesti boleh kompromi
- Apasal lu buat ini kerja cincai maa ??
Maksudnya -Kenapa awak buat kerja ini separuh jalan?
KONTROVERSI
Bahasa Rojak digunakan secara meluasa , terutamanya di kalangan remaja bandar Malaysia , yang telah mencetuskan kebimbangan mengenai penguasaan berterusan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris yang bercampur-campur , dan risiko berbangkit peluang pekerjaan untuk graduan baru . The kerajaan Malaysia yang menggalakkan penggunaan standard Malaysia , terutamanya dalam sektor swasta, dan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak, sama dengan Kerajaan Singapura fasih berbahasa Inggeris Pengerakan dan kehilangan semangat iaitu penggunaan Singplish (Singapura - Bahasa Inggeris) sebagai contoh stesen TV Malaysia TV3 pada April 2006 menukar nama yang karnival . Komik Majalah sering dikritik kerana menggunakan Bahasa Rojak, Perkataan-perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering dicetak dalam huruf tebal untuk membolehkan pembaca untuk mengenal pasti mereka. Menjelang akhir tahun 2003 , Gempak majalah mula menggunakan gaya bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunakan Bahasa Rojak , termasuk penggunaan huruf berani untuk perkataan dianggap sehari-hari
KONSEP PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Bahasa rojak adalah dua jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa. Walaupun bagaimanapun, bahasa dasarnya ialah bahasa Melayu. Misalnya, percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahas India.
Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini digunakan mengikut trend pada sesuatu masa.Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. . Bentuk bahasa ini juga digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. Contoh bahasa rojak yang digunakan pada satu ketika ialah ungkapan sureheboh.Kata ini diwujudkan dengan menggabungkan kata bahasa Melayu heboh dengan kata bahasa Inggeris sure.
Kedua-duanya adalah bahasa yang berbeza dari segi ragam, nahu, struktur ayat dan lenggok. Bahasa-bahasa itu juga dicorakkan oleh budaya yang berbeza. Lagi pula bahasa adalah sebahagian daripada sistem budaya dan sosial. Bahasa mencerminkan bangsa. Malah, lebih tepat lagi jikalau dikatakan bahasa itu sebenarnya jiwa sesuatu bangsa.
KEBAIKAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Pertama ,Penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya . Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita , penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohya , masyarakat Cina dan masyarakat India , mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak yang dicampur dengan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu secara betul.Kebiasaannya, bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi.
Kedua,Sesuai digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak sering digunakan oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan mempelajari ilmu. Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan bahasa rojak untuk memastikan pelajar memahami perkara yang diajar.Penggunaan bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa. Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat bunyinya.
Ketiga,Bahasa rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar. Biarpun bahasa rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi dari segi tulisan ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang melayu bahkan kepada kaum lain seperti kaum cina dan india.
Keempat,Bahasa rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan seterusnya memudahkan identiti masyarakat Malaysia dikenalpasti.
Akhir sekali,Bahasa rojak mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya adalah: • Bahasa rojak lebih mudah dalam konteks memberi kefahaman kepada orang lain. Bahasa rojak mempunyai sifat memudahkan dan gemar dituturi oleh masyarakat Malaysia menyebabkan ia dianggap sebagai bahasa sebenar masyarakat Malaysia. (sumber:John Lee Ming Keong, "Proud to be a Malaysian",2010) Bahasa rojak merupakan cara yang lebih efektif dalam menyampaikan mesej. Bahasa rojak juga merupakan sesuatu yang boleh dianggap seni dan menyerlahkan lagi "kebolehan" rakyat Malaysia. (Kreatif) Bahasa rojak juga boleh menjadi medan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat di sesuatu negara contohnya di Jerman. (sumber: Jia Jin Foomelalui artikel"Bahasa rojak is part of Malaysian identity",2010)
KEBURUKAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya. Fenomena ini akan memperlihatkan situasi masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat.
-Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.
-Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
-Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
-Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
-Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.
negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
-Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.
-Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
-Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
-Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
-Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.
.
MACAM MANA BAHASA ROJAK BOLEH DIGUNA ?
Penggunaan bahasa rojak pada papan tanda dan iklan. Kita dapat melihat deretan papan tanda mahupun papan- papan iklan di seluruh pelusuk negara yang secara jelas telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Contohnya, di plaza tol lebuhraya terdapat papan tanda yang menggunakan bahasa rojak yang berbunyi,“Lorong Touch n Go”. Penggunaan bahasa rojak dalam internet dan pertuturan seharian. Dewasa ini, sekiranya kita singkap laman di internet terutamanya laman ‛e-mail’ dan ‛chat’ kita mungkin terperanjat jika melihat betapa ramainya pengunjung di laman itu yang menggunakan bahasa rojak. Perkataan–perkataan seperti sorry sangat (minta maaf sangat) , sangat tired (sangat letih) sering kali digunapakai oleh pengunjung di laman internet dan dalam pertuturan seharian mereka. Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.
Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.
Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.
Disamping itu,Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini.
Akhir sekali,Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.
SITUASI PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
ari ini adalah dari segi penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar. Kejadian ini berlaku ketika saya dan kawan-kawan menjamu selera di sebuah kedai petang tadi. Saya telah terdengar perbualan seorang pelajar semasa menelefon seseorang mungkin kawannya iaitu “I tengah makan ini, you all tunggu kejap la kat site biasa dalam ten minute I datang”. Setelah selesai berbual di telefon pelajar itu bergegas meninggalkan kedai tersebut untuk berjumpa dengan kawannya. Terdetik dalam fikiran saya tentang bahasa yang telah digunakan oleh pelajar tadi semasa bercakap dengan kawannya melalui telefon. Pelajar tadi telah menggunakan bahasa rojak kerana bahasanya yang bercampur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun pelajar tersebut adalah pelajar melayu.
Fenomena penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat hendaklah dikekang. Pihak yang perlu memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan betul semasa berkomunikasi dengan anak-anak di rumah sejak anak-anak mereka kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Dengan ini, apabila mereka memasuki alam persekolahan, mereka sudah tahu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru merekaTabiat berbahasa dengan betul dan gramatis ini akan sebati dalam diri mereka sehingga dewasa. Pepatah Melayu ada mengatakan, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, yang amat sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh sebab itu, jika ibu bapa mereka merupakan pencinta bahasa Melayu yang sejati, tidak mustahil anak-anak mereka juga memiliki sifat yang sama
Mencampuradukkan bahasa adalah dilarang sama sekali kerana salah dari segi hukum dan penggunaan bahasa. Tetapi,umumnya masyarakat Melayu pada masa kini lebih selesa dengan hal ini. Apa yang saya perhatikan , kewujudan bahasa rojak acap kali hadir dalam situasi tidak rasmi seperti di dalam internet, facebook, twitter, dan sms. Tapi, ia turut hadir di dalam program televisyen, radio, atau novel serta di dalam akhbar, komik majalah dan sebagainya. Contoh paling hampir saya dapat kesan penggunaa bahasa rojak ini melalui program di TV3, iaitu Karnival Sure (pasti) Heboh. Jelas di sini, syarikat telekomunikasi swasta tersebut menggunakan nama program mereka menggunakan bahasa rojak untuk menarik perhatian orang ramai.
CARA MEMBANTERASKAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
Pihak yang paling berwajib dalam membendung fenomena ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), Kementerian Pelajaran,Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif dengan duduk semeja dan berbincang mengenai isu ini. Bekas Ketua Pengarah DBP,Datuk A.Aziz Deraman memberitahu bahawa Akta DBP yang dipinda perlu mengatasi kuasa akta-akta yang lain. Hal ini bertujuan mengenakan tindakan undang-undang atas mereka yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain serta menggunakan bahasa kebangsaan dengan cara yang salah. Kerajaan sewajarnya memberikan penekanan yang lebih serius dalam menangani permasalahan ini.
Langkah-langkah mengatasi isu bahasa rojak Selain itu,ibu bapa perlu menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap anak-anak.Hal ini perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu semasa anak-anak masih kecil. Penggunaan bahasa Melayu yang betul daripada ibu bapa akan dapat mengelak penggunaan bahasa rojak dalam kalangan anak-anak daripada terus berleluasa. Keadaan ini dapat ditafsirkan melalui pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Oleh itu,bahasa Melayu yang betul tanpa dirojak dapat diterapkan terhadap anak-anak melalui paranan ibu bapa.
Selain itu,Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama–kelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan betul. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi gejala bahasa rojak.
Disamping itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikap pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Hai ini demikaian kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diri yang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi.
Akhir sekali,Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program “Gengstarz”, “One In A Million” dan “Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi
KESIMPULAN
Kesimpulan,usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".
kami sangat bersetuju bahawa sekiranya bahasa rojak ini tidak dikawal orang Melayu `akan kehilangan alat yang penting bagi kemajuan pendidikan, fikiran, ilmu dan budaya mereka, yakni bahasa Melayu.' Kedua, bahasa rojak akan menjadikan bahasa Melayu bahasa kacukan seperti bahasa Creol atau Pidgin. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara harus dipertahankan martabatnya sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sikap keterbukaan kita untuk melihat bahasa itu maju dan dinamis jangan sampai
membenarkan ia menjadi bahasa bertaraf rendah dan dicemuh di negaranya
sendiri.
RUJUKAN
http://amirulazwanbahasarojak.blogspot.my/2017/02/kesimpulan.html
https://en.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Rojak
http://bahasamelayu-smkpp.blogspot.my/2013/04/fenomena-penggunaan-bahasa-rojak.html
http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1045
http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1287&DC=
No comments:
Post a Comment